Gangguan Bekalan Air Di Sandakan Pada 23 November

SANDAKAN:  Pengguna air di daerah ini akan mengalami gangguan bekalan kerana pihak Jabatan Air Sandakan akan melakukan kerja pembaikan Flange Coupling Adapter bocor di paip utama di Loji Rawatan Air Segaliud pada Nov 23 (Sabtu).

Menurut notis gangguan bekalan air yang dikeluarkan oleh Jabatan Air Sabah, pengeluaran air terawat akan terhenti buat sementara waktu bermula jam 6.00 pagi sehingga pembaikan selesai.

Kawasan-kawasan yang tidak akan mendapat bekalan air sepenuhnya adalah seperti berikut –   seluruh Batu 12, Batu 11, Batu 10, Batu 9, Batu 7, Jalan Lintas Sibuga, seluruh kawasan IJM, kawasan Batu 1, Batu 3 sehingga Batu 6, Taman Tshun Ngen, Batu 8, Taman Grandview, Sunny Estate, Police Complex, seluruh kawasan Jalan Bomba, Jalan Buli Sim Sim, Hospital Besar Sandakan, Kem Tentera, UMS, MRSM, PGA, sekitar kawasan E-hub, sekitar Jalan Utara, Taman Nasalim, Taman Tinosan, Bandar Kim Fung, Midtown, kawasan bandar Sandakan, Jalan Lintas Sibuga, Kg. Bokara, Karamunting dan Batu Sapi.

Bekalan air di sesetengah kawasan akan mengambil masa 1 sehingga 3 hari untuk pulih sepenuhnya terutama di kawasan yang tinggi dan hujung liputan bekalan air selepas kerja-kerja tersebut selesai.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada talian Careline 24 jam Jabatan Air Sabah 088 326 888.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *