PPM Rampas 600 Liter Petrol Cuba Diseludup Ke Filipina

Suspek berusia 27 tahun (kanan) ditahan ketika sedang menunggu bot di kawasan berhampiran parit besar Batu 3 Sandakan. Foto Ihsan PPM

SANDAKAN: Seorang lelaki ditahan Pasukan Polis Marin (PPM), hari ini selepas didapati kenderaan pacuan empat roda dipandunya membawa muatan 600 liter petrol dalam kejadian di kawasan parkir berhampiran parit besar Batu 3, dekat sini.

Dalam kejadian pukul 11.15 pagi, suspek tempatan berusia 27 tahun itu dipercayai sedang menunggu bot untuk membawa muatan petrol bernilai RM1,248 ke negara Filipina.

Suspek berusia 27 tahun (kanan) ditahan ketika sedang menunggu bot di kawasan berhampiran parit besar Batu 3 Sandakan. Foto Ihsan PPM

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata sepasukan Unit Risikan PPM bertugas menjalankan pemantauan di sekitar lokasi terbabit dan bertindak menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan dipandu suspek.

“Hasil pemeriksaan itu kita menemukan 20 tong berisi 600 liter petrol dipercayai sedang menunggu sebuat bot untuk membawa petrol terbabit ke negara Filipina.

“Siasatan lanjut mendapati pemandu tidak memiliki dokumen kebenaran daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membawa barangan subsudi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek ditahan manakala petrol serta kenderaan dirampas dan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *