Ajal Langgar Kerbau Di Jalan Tuaran – Kota Belud

Mangsa disahkan maut di lokasi. Foto Ihsan PDRM

TUARAN: Lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh kerbau di Kilometer 53 Jalan Tuaran-Kota Belud di Kampung Pangkalan Tenghilan, Tuaran hari ini.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, mangsa, Jamius Fascon, 43, disahkan maut di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Kota Belud menuju ke Tuaran.

“Sejurus tiba di lokasi, seekor kerbau secara tiba-tiba masuk ke laluan jalan raya dari bahu kiri jalan menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak.

“Akibat kejadian itu, mangsa merempuh haiwan terbabit dan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, keadaan di lokasi kejadian ketika itu gelap kerana tiada lampu jalan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuaran untuk tindakan lanjut dan usaha mengesan ahli keluarga mangsa sedang dilakukan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *