PATI Ditahan Edar Syabu Di Lahad Datu

Dadah yang dirampas.

LAHAD DATU: Tidur lena seorang lelaki warga Filipina tidak berpanjangan apabila dia ditahan atas kesalahan mengedar dadah di Kampung Tanjung Batu, dekat sini, awal pagi semalam.

Difahamkan dalam kejadian pukul 2 pagi itu, mangsa menjadikan sebuah rumah terbengkalai di situ sebagai markas operasi dan berehat selepas menjual bahan terlarang itu.

Suspek yang ditahan polis.

Ketika serbuan, mangsa berusia 30-an itu, dikatakan panik dan cuba melarikan diri selepas ‘dikejutkan’ anggota polis dari Balai Polis Desa Kencana, namun gagal.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor dalam kenyataan media berkata, pihaknya turut menemukan dadah jenis syabu yang dibalut dengan sehelai kain hitam pada badan suspek, seberat 7.05 gram dianggarkan bernilai RM1,057.50.

“Suspek sendiri mengeluarkan kain hitam berkenaan dari poket kanan seluar yang dipakainya.

“Hasil pemeriksaan ke atas balutan kain hitam itu, polis mendapati tiga paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur disyaki syabu disimpan dalam satu sampul surat,” katanya.

Tambah Nasri, ujian air kencing juga menunjukkan suspek positif dadah.

“Sehubungan itu, suspek kini ditahan reman atas kesalahan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek yang tidak mempunyai sebarang

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *