Budak 10 Tahun Hamil 8 Bulan Akibat Dirogol Abangnya Sendiri

Gambar Hiasan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun mendapati dia hamil lapan bulan selepas dirogol oleh abangnya sendiri. 

Mangsa yang menetap di Posadas, utara Argentina dibawa ke hospital oleh ibunya selepas mengadu sakit di bahagian perut dan belakang badan. 

Apabila doktor melakukan pemeriksaan, mereka mendapati mangsa hamil lapan bulan dan mangsa mendedahkan dia telah dirogol oleh abangnya yang berusia 15 tahun.

Doktor kemudian membuat laporan mengenai kejadian itu dan kes itu kini sedang disiasat oleh pihak polis. 

Menurut laporan media tempatan, mangsa tidak memahami apa yang berlaku dan berkata dia hanya dirogol oleh abangnya sekali sahaja. 

Jabatan Pembangunan Sosial pula melaporkan, abang kepada mangsa yang namanya tidak didedahkan itu, telah dibuang keluarga. 

Ibu mangsa tidak menyangka anak lelakinya itu sanggup merosakkan masa depan adiknya sendiri. 

Memandangkan suspek masih berada di bawah umur dan tidak dapat dikenakan tindakan undang-undang, dia kini dijaga oleh ibu saudaranya. 

Bayi yang bakal dilahirkan oleh mangsa itu kelak akan dijaga oleh nenek mangsa dan kanak-kanak itu akan dikehendaki meneruskan persekolahannya seperti biasa selepas melahirkan bayinya.

Sumber: Daily Mail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *