Ketam Paling Mahal Di Dunia Berharga RM190,153

KETAM seberat 1.2 kilogram itu berharga AS $46,000 (RM190,153)

TOKYO: Seekor ketam di Jepun direkodkan sebagai ketam paling mahal di dunia apabila dijual pada harga AS $46,000 (RM190,153) dalam lelongan di Tottori, Jepun, lapor CNN.

Ketam seberat 1.2 kilogram itu dibeli oleh presiden syarikat pemborong ikan, Tetsuji Hamashita yang pada mulanya menjangkakan harganya cuma mencecah AS $27,000 (RM111,611).

“Saya tahu ia agak keterlaluan tetapi ia menjadi budaya,” katanya.

Harga yang terlalu tinggi untuk seekor ketam itu dikatakan mempunyai kaitan dengan waktu jualannya.

Di Jepun, ia dianggap sebagai simbol status untuk seseorang menjadi individu pertama yang membeli ketam pertama ditangkap ketika bermulanya musim itu iaitu pada 6 November lalu.

Tahun lalu, ketam sama yang direkodkan sebagai ketam paling mahal apabila dijual dengan harga AS $18,000 (RM 74,407). – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *