Tongkang Dan Jeti Musnah Terbakar Di Lahad Datu

Sebuah tongkang berisi minyak kelapa sawit terbakar dalam kejadian di jeti berhampiran Kampung Epil, Lahad Datu. – Foto ihsan Pembaca

Lahad Datu: Sebuah tongkang dan jeti musnah terbakar dalam kejadian di jeti berhampiran Kampung Epil, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, tongkang dari Sandakan itu dipercayai berisi minyak kelapa sawit.

Sebuah tongkang berisi minyak kelapa sawit terbakar dalam kejadian di jeti berhampiran Kampung Epil, Lahad Datu. – Foto ihsan Pembaca

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, berkata maklumat awal diterima, kebakaran membabitkan jeti minyak yang tidak dikawal oleh pengawal keselamatan kerana berada jauh dari kawasan kawalan pintu pagar.

“Ketika kejadian, tongkang itu terpaksa ditarik ke tengah laut bagi mengelakkan kebakaran merebak ke tongkang atau kapal lain yang berada di lokasi terbabit.

“Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran kira-kira jam 12 tengah hari dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya lagi, punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.

Sebuah tongkang berisi minyak kelapa sawit terbakar dalam kejadian di jeti berhampiran Kampung Epil, Lahad Datu. – Foto ihsan Pembaca
Sebuah tongkang berisi minyak kelapa sawit terbakar dalam kejadian di jeti berhampiran Kampung Epil, Lahad Datu. – Foto ihsan Pembaca
Sebuah tongkang berisi minyak kelapa sawit terbakar dalam kejadian di jeti berhampiran Kampung Epil, Lahad Datu. – Foto ihsan Pembaca

Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *