Tawar Hadiah Lumayan & Unik, Polis Jemput Orang Ramai Sertai ‘KK Cops Night Run 2020’

KOTA KINABALU, 10 Nov: Orang ramai dijemput menyertai acara ‘KK Cops Night Run 2020’ yang akan diadakan di Kompleks Sukan Likas pada 4 Jan tahun hadapan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata acara itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu 10 km, tujuh km dan lima km dengan yuran penyertaan sebanyak RM59.

Foto B Wellness Studio

“Setakat ini sebanyak 2,000 penyertaan telah diterima dan kita tidak mengehadkan jumlah penyertaan sehingga tarikh tutup pendaftaran pada 4 Dis ini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran promosi program itu, di sini hari ini.

Omar berkata program julung kali diadakan di Sabah itu bertujuan mengeratkan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan orang awam dalam usaha meningkatkan kesedaran pencegahan jenayah di negeri ini.

Foto B Wellness Studio

Sementara itu, Penaung KK Cops Night Run 2020 yang juga Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata pendaftaran boleh dibuat melalui laman web JomRun.com atau di Ibu Pejabat Polis Daerah Karamunsing.

Beliau berkata antara hadiah yang ditawarkan termasuk sebuah motosikal, cabutan bertuah bernilai RM30,000, tiket penerbangan pergi dan balik Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, basikal serta barangan elektrik.

“Setiap peserta yang mendaftar akan menerima medal berbentuk gari, kemeja-T dan gelang tangan secara percuma,” katanya. 

Foto B Wellness Studio

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *