Lelaki Parah Kereta Bertembung Pacuan Empat Roda

Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan – Foto Skuad BBP Tuaran

TUARAN: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas terbabit kemalangan di Jalan Gayang berhampiran sebuah restoran makanan laut di sini kelmarin.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohd Faizal Alias berkata panggilan kecemasan diterima jam 5.12 petang sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran ke lokasi sejauh 14 kilometer.

“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis kompak yang bertembung dengan kereta pacuan empat roda.

“Impak pertembungan menyebabkan seorang mangsa lelaki parah di dalam kereta kompak manakala mangsa di dalam kereta pacuan empat roda hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Menurutnya kedua-dua mangsa diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital bagi menerima rawatan selanjutnya.

Katanya operasi ditamatkan jam 5.55 petang.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *