4 Bulan Di Bukit Padang Rupanya Tidak Gila, Pembunuh Pemandu Grab Boleh Dibicarakan

Kedua-dua suspek kini berdepan dengan tali gantung.

PEMBUNUH PEMANDU GRAB TIDAK GILA, BOLEH DIBICARA

TUARAN: Selepas empat bulan dihantar ke Hospital Mesra Bukit Padang, seorang lelaki tempatan yang membunuh pemandu grab Mei lalu disahkan boleh menjalani perbicaraan.

Amru Al Asy Japri, 24, kini berdepan dengan tali gantung selepas didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mohammad Hanafie Jaffar.

Turut berdepan nasib sama ialah rakan pembunuh tertuduh, Arsit Indanan, 20, yang merupakan warga Filipina.

Terdahulu Khamis lalu, Mahkamah Majistret Tuaran dimaklumkan bahawa Amru layak dibicarakan selepas menerima laporan perubatan daripada pihak pendakwaan.

Majistret Jessica Ombou Kakayun kemudiannya menjelaskan perkara itu kepada tertuduh.

Beliau kemudiannya menetapkan 5 Disember untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Kedua-dua tertuduh juga diperintah reman lanjut kerana tuduhan terhadap mereka tidak boleh dijamin.

Amru dan Arsit didakwa membunuh Mohammad Hanafiee Jaffar, 27, di dalam sebuah kereta Proton Saga FLX antara pukul 4 pagi dan 5 pagi pada 25 Mei tahun ini di tepi Jalan Marabahai di Tuaran.

Pada 11 Julai lalu, kedua-dua tertuduh, yang bekerja sebagai pekerja kedai cuci kereta, didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawakan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan diambil daripada kedua-dua tertuduh pada waktu itu.

Dalam prosiding itu, mahkamah turut memerintahkan supaya Amru dirujuk ke hospital tersebut susulan permohonan daripada peguamnya kerana pernah menerima rawatan di sana sebelum ini.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *