RON97 Naik Satu Sen Sahaja, RON95 & Diesel Kekal

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 naik satu sen seliter iaitu daripada RM2.56 kepada RM2.57 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter mulai tengah malam ini.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan hari ini, berkata harga runcit produk petroleum itu adalah bagi tempoh 9 hingga 15 November 2019.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya masing-masing RM2.27 dan RM2.28 seliter.

“Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lalu bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.26 seliter, manakala penurunan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.33 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” katanya.

Tambah kenyataan itu, dengan pengekalan harga runcit bagi RON95 dan diesel, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh 26 Oktober sehingga 1 November 2019 adalah berjumlah RM79.39 juta.

Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *