Anak Terberak Dalam Seluar Dipijak Bapa Tiri Di Punggung, Perut Sehingga Sawan & Meninggal Dunia

Bengang anak tiri terberak di dalam seluar, lelaki berusia 36 tahun ini tergamak memijak-mijak mangsa sehingga mati dalam bilik air.

Ery Age Anwar, mengaku menganiaya dan memijak anak tirinya yang berusia tiga tahun. 

Ketua Polis Malang, Dony Alexander berkata, suspek pada awalnya memberitahu mangsa meninggal dunia akibat lemas dalam air.

Namun hasil bedah siasat menunjukkan berlaku pendarahan di bahagian usus, selain menemui kesan lebam di bahagian punggungnya. 

“Setelah laporan hasil bedah siasat dikeluarkan, barulah suspek mengakui perbuatannya yang menyebabkan mangsa meninggal dunia. 

“Suspek melakukan perbuatan itu kerana berang dengan mangsa yang terberak di dalam seluar, di kediaman mereka di Kota Malang, pada 30 Oktober 2019. 

“Suspek kemudian membawa mangsa pergi ke bilik air dan membasuh punggungnya.

Malangnya, mangsa terjatuh ketika dicuci dan di kesempatan itulah suspek bertindak memijak punggung mangsa sebanyak dua kali. 

“Apabila mangsa menterbalikkan badannya, suspek sekali lagi memijak perutnya yang menyebabkan mangsa mengalami kekejangan (sawan),” katanya. 

Panik melihat keadaan mangsa, suspek kemudian menyapu minyak angin ke tubuh mangsa dan mengangkat kakinya ke atas dan kepala di bawah.

Suspek turut memanaskan badan mangsa untuk memulihkannya dari kekejangan. 

Keadaan mangsa tidak pulih dan suspek terus membawanya ke hospital. Tetapi disahkan meninggal dunia. 

Kes kematian mangsa diketahui oleh ahli keluarga pada keesokan harinya. Tetapi sebahagian ahli keluarga merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan kematian mangsa. 

Suspek sudah ditahan polis dan bakal berdepan dengan hukuman 15-20 tahun penjara. 

Sumber: Sosok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *