Replika Sigah Di Bulatan Pekan Donggongon Akan Dipindahkan

Bulatan Sigah, ikon Penampang.

KOTA KINABALU: Replika Sigah di bulatan pekan Donggongon, Penampang perlu dipindah sebaik cadangan projek persimpangan bertingkat Donggongon-Tambunan mendapat lampu hijau.

Menurutnya Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony berkata  projek tersebut dijangka bermula tahun hadapan dan ianya merupakan antara perancangan utama dalam menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di daerah Penampang.

Peter Anthony merasmikan pembukaan persimpangan bertingkat di Jalan Penampang By-Pass.

“Ianya akan bermula tahun depan namun mungkin ia bergantung kepada beberapa aspek seperti mendapatkan kelulusan daripada Majlis Daerah Penampang untuk memindahkan utiliti di kawasan terlibat,” katanya,

Ditemui selepas merasmikan pembukaan persimpangan bertingkat Jalan Penampang by-pass dan Jalan Lido di sini hari ini, Peter berkata Ahli Parlimen Penampang Datuk Darell Leiking perlu berbincang dengan pihak berkepentingan mengenai pemindahan replika Sigah tersebut.

“Kita tahu Sigah ini adalah ikon bagi daerah Penampang,” katanya.

Namun, penambahbaikan jalan Donggongon-Tambunan amat diperlukan dan selain pembinaan persimpangan bertingkat jalanraya juga akan diperbesarkan lagi, kata Peter.

Projek tersebut dijangka siap dalam masa dua atau tiga tahun, menurut Peter.-SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *