Ditendang, Dipijak, Enam Sekeluarga Ditahan Bantu Siasatan Kes Serang Guru Tadika Di Semporna

SEMPORNA: Polis menahan enam sekeluarga termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes menyerang seorang guru sekolah Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) Kemas, Kampung Buaya, dekat sini, 21 Oktober lalu.

Penahanan semua suspek berusia 18 hingga 62 itu dibuat susulan kenyataan yang dikeluarkan mangsa yang menceritakan kejadian dirinya diserang oleh keluarga terbabit tular di media sosial sehingga mendapat 2,500 ribu perkongsian dan 1,900 maklum balas daripada netizen.

Hantaran dimuat naik di facebook yang tular dan mendapat reaksi netizen.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Sabarudin Rahmat berkata kejadian serangan keatas mangsa berlaku berpunca daripada perasaan tidak puas hati kesemua suspek terhadap mangsa.

Katanya siasatan awal turut mendapati mangsa dan kesemua suspek mempunyai pertalian keluarga.

“Kita sudah mengambil keterangan daripada semua suspek dan mangsa namun siasatan masih dijalankan bagi mendapatkan keterangan daripada saksi-saksi di lokasi kejadian.

Mohd Azis Jamman turut memberikan reaksi dan mahu menyiasat perkara tersebut.

“Laporan pemeriksaan daripada doktor juga diperlukan sebelum siasatan ini dibawa kepada Timbalan Pendakwaraya bagi mendapatkan arahan pertuduhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata suspek kini ditahan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan beliau turut menegaskan supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan.

Menerusi kenyataan yang tular itu, mangsa menjelaskan dirinya ditolak ke lantai sebelum salah seorang suspek memukul, menampar, mencekik dan merampas gelang emasnya.

Dua lagi suspek bertindak kejam dengan cuba melucutkan seluar dalamnya sehingga mangsa terpaksa menjerit meminta pertolongan.

Mata mangsa turut dicucuk menggunakan bucu kotak dan suspek sempat mengugut mangsa supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *