Tikam Adik 189 Kali, Korek Biji Mata

Stefania (kiri) jadi dibunuh akibat cemburu dengan kejelitaannya.

MOSCOW: Seorang wanita dipenjara 13 tahun kerana menikam adik perempuannya yang masih remaja sebanyak 189 kali sebelum mengorek keluar biji mata dan memotong telinganya akibat terlalu cemburukan kecantikannya.

Elizaveta Dubrovina, 22, yang terlalu cemburu dengan adiknya Stefania, 17, yang bekerja sebagai model, dilaporkan menyerangnya di rumah teman lelaki mangsa pada 2016, lapor news.com.au.

Stefania (kiri) jadi dibunuh akibat cemburu dengan kejelitaannya.

Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan mayat mangsa ditemui hampir hancur akibat serangan kejam berkenaan dengan kesan tikaman memenuhi kepala, leher, badan, lengan serta kakinya.

Menurut kenyataan pejabat pendakwa raya, mangsa yang ditemui tanpa biji mata atau telinga itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya.

Dua beradik itu membesar di rumah anak yatim sejak kecil lagi.

Sementara itu, The Metro melaporkan mayat mangsa ditemui teman lelakinya Alexey Fateev yang menahan Elizaveta selepas menghalangnya melarikan diri. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *