Remaja Lelaki Maut Motosikal Terbabit Kemalangan Di Tawau

Keadaan motorsikal mangsa.

TAWAU: Seorang penunggang motosikal maut dipercayai cedera parah di bahagian organ dalaman badan selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuhara, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata pihaknya menerima panggilan daripada Unit Forensik Hospital Tawau selepas menerima seorang mangsa kemalangan dikenali Sufriadi Sompoh, 14, kira-kira 8.43 malam. 

“Kita dimaklumkan mangsa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tawau akibat kemalangan jalan raya. 

“Ibu bapa mangsa remaja lelaki terbabit sudah menuntut mayat anak mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari. 

Katanya pihak polis sedang mengesan saksi kejadian bagi membantu siasatan berhubung punca kemalangan terbabit. 

“Motosikal jenis Yamaha Y15ZR itu mengalami kerosakan di bahagian hadapan dan kesan calar di bahagian tepi sebelah kanan. 

“Diharap ada saksi yang dapat tampil ke balai polis bagi membantu siasatan berkaitan kes kemalangan ini,” katanya. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A)Akta Pengangkutan Jalan 1987. – SabahNewsToday 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *