Bayi Satu Bulan Hampir Maut Dibelasah Ibu

Doktor mengesyaki tengkorak bayi ini retak. Agensi

KIEV: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan dipukul ibunya sehingga lebam sebelum ditinggalkan bersendirian ketika wanita itu keluar bertemu janji, malah jiran yang menemui anak malang itu pengsan melihat keadaannya yang menyayat hati.

Mykyta yang berusia sebulan ditemui lebam dengan kesan hitam dan biru akibat dipukul di Rivne, barat Ukraine.

Menurut laporan, Mykyta dan ibunya yang berusia 19 tahun tinggal bersama di sebuah asrama kebajikan.

Daily Mail yang memetik laporan polis melaporkan, pada 15 Oktober lalu, ibu Mykyta yang dirahsiakan namanya, meninggalkan bayinya sendirian dan keluar bertemu janji.

Tindakannya keluar sepanjang hari menyebabkan jirannya bimbangkan Mykyta.

Seorang jiran, Tetiana Prymak, memberitahu media tempatan: “Ketika masuk ke dalam bilik, Mykyta berada di dalam katilnya.

“Mata kanannya lebam, hidungnya tersumbat dengan darah kering dan dia hampir tidak bernafas.

“Sewaktu cuba menukar pakaiannya kami melihat lebam hitam di seluruh tubuhnya. Seorang wanita yang berada di dalam bilik itu pengsan selepas melihat keadaan menimpa bayi itu.”

Ketua unit penjagaan rapi Hospital Kanak-Kanak Rivne, Mykhailo Kulik berkata: Kami mengesyaki tengkoraknya retak tetapi pemeriksaan ke atasnya tidak boleh dibuat sekarang.

“Saya fikir ibunya tidak pernah menukar pakaiannya atau menggunakan lampin pakai buang. Keadaan kulitnya sangat dahsyat.”

Polis melancarkan siastan jenayah kerana kegagalan wanita itu memenuhi tugasnya sebagai ibu.

Jurucakap polis Anton Kruk berkata: “Ibu muda itu memberitahu, dia tertekan kerana anaknya menangis berterusan lalu dia meninggalkannya sendirian di rumah.” – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *