(VIDEO) Sudah Mati Pun Buat Lawak

Dublin: Suasana sedih di satu upacara pengebumian seorang lelaki di Ireland bertukar menjadi lucu dan ketawa selepas `suara’ mendiang yang membuat lawak kedengaran di dalam keranda.

Orang ramai yang menghadiri upacara pengebumian bekas pegawai tentera, Shay Bradley di Kilmanagh, Leins tidak percaya apabila mendengar suara lelaki itu di dalam keranda.

Ketika melihat keranda itu diturunkan ke dalam kubur mereka mendengar Bradley menjerit: “Hello, hello. Keluarkan saya,”.

Bagaimanapun, suara itu sebenarnya adalah rakaman yang dibuat Bradley sebelum dia meninggal dunia akibat sakit.

Rakaman itu dimainkan selama beberapa minit dan ahli keluarga dan rakan-rakan mendiang kelihatan ketawa mendengar suara lelaki itu.

Sebelum rakaman itu tamat, Shay menyanyi dan mengucapkan selamat tinggal.

Anak perempuan mendiang, Andrea menjelaskan rakaman itu dirakam bapanya sebelum dia meninggal dunia pada 8 Oktober lalu akibat sakit.

“Dia mesti tidak menyangka ramai yang ketawa mendengar rakaman itu. Dia seorang yang hebat,” katanya. – Mail Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *