Pemandu & Kelindan Maut Selepas Lori Hilang Kawalan Lalu Terbalik

Lori muatan baja dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas. Gambar IPD Beluran

LORI HILANG KAWALAN LALU TERBALIK, PEMANDU DAN KELINDAN LORI MAUT

BELURAN: Pemandu dan kelindan lori maut selepas kenderaan yang dipandu hilang kawalan di jalan ladang Cepat Wawasan Daerah Paitan, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, pemandu lori Herman Lammu, 19, dan kelindan Edi Matta, 27, masing-masing warganegara Indonesia parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Lori muatan baja dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas. Gambar IPD Beluran

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata siasatan awal mendapati lori muatan baja terbabit melalui jalan menuruni bukit dan tidak rata.

“Lori dipandu mangsa bagaimanapun hilang kawalan dan terbabas.

“Kedua-dua mangsa yang tersepit di bahagian tempat duduk masing-masing dibawa keluar namun disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.-SabahNewsToday

Lori muatan baja dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas. Gambar IPD Beluran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *