Kematian Akibat Hagibis Meningkat 35 Orang

Usaha menyelamat giat dilakukan di wilayah Kawagoe, Saitama, Jepun. Gambar AFP Agensi

TOKYO: Seramai 35 orang terbunuh, manakala 17 dilaporkan masih hilang selepas Taufan Hagibis melanda Jepun semalam.

Menurut NHK, seramai 166 orang cedera.

Beberapa bandar antaranya Nagano, Niigata, Miyagi, Fukushima, Ibaraki, Kanagawa dan Saitama ditenggelami banjir, menyebabkan penduduk terpaksa meninggalkan rumah mereka.

Lapor Japan Times, kerosakan lebih teruk mungkin berlaku berikutan paras air dijangka meningkat dan sungai sudah melimpah.

Di Nagano, kira-kira 360 penduduk terkandas selepas rumah mereka ditenggelami air berikutan tebing Sungai Chikuma pecah.

Menjelang tengahari semalam, lebih 200,000 kediaman di timur dan tengah Jepun terputus bekalan elektrik.

Bagaimanapun, tren mula beroperasi selepas perkhidmatannya ditunda kelmarin.

Sementara itu, Reuters melaporkan kerajaan sudah mengerahkan ribuan anggota tentera dan anggota penyelamat untuk membantu mangsa banjir. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *