PPM Tahan Bot Nelayan Disyaki Guna Bahan Letupan

Foto Ihsan PPM

KOTA KINABALU, 11 Okt: Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu menahan sebuah bot nelayan kerana disyaki menangkap ikan menggunakan bahan letupan di kawasan Tanjung Gaya, Karambunai.

Komandar Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata bot berkenaan ditahan semalam dalam Op Gelora yang dijalankan oleh PPM di kawasan perairan berkenaan.

Foto Ihsan PPM

Beliau bagaimanapun berkata juragan bersama dua individu dalam bot berkenaan melarikan diri dengan bot itu ke arah pantai sebelum terjun ke laut.

“Hasil pemeriksaan menemukan peralatan mengebom ikan dan pelbagai jenis ikan seberat kira-kira 30 kilogram,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Foto Ihsan PPM

Mohamad Pajeri berkata hasil rampasan dianggarkan bernilai RM4,860 telah diserahkan kepada Jabatan Perikanan serta disiasat di bawah Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985.

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *