Van Hilang Kawalan Rempuh Paip

Sebuah van yang hilang kawalan terlanggar paip di depan Hospital Queen Elizabeth 1 sehingga pecah.

TINDAKAN PANTAS JANS ELAK PEMBAZIRAN

KOTA KINABALU: Tindakan pantas Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) berjaya mengelak berlaku pembaziran air apabila paip yang pecah berhampiran Hospital Queen Elizabeth 1 pagi ini berjaya diperbaiki.

Paip berkenaan pecah akibat dilanggar sebuah kenderaan menyebabkan air memancut keluar.

Air memancut keluar dari paip yang pecah berhampiran Hospital Queen Elizabeth 1.

Pengarah JANS, Datuk Ir. Amarjit Singh berkata, sebaik sahaja kejadian tersebut berlaku, JANS segera mengeluarkan notis dan menghantar kakitangan untuk melakukan kerja-kerja pembaikan.

“Paip bersaiz 450 milimeter pecah akibat kemalangan, notis segera dikeluarkan dan kerja pembaikan dimulakan.

“Kerja-kerja menampal sudah selesai,” katanya kepada Borneo Today ketika dihubungi.

Paip yang telah diperbaiki.

Paip tersebut menyalurkan air dari Loji Rawatan Air Sungai Moyog ke beberapa raman perumahan sekitar hopital berkenaan.

Keadaan tersebut menyebabkan beberapa taman perumahan iaitu Sang Kancil, Sri Gaya, Layang-layang, Fu Yen, Luyang Perdana dan Taman Fortuna terputus bekalan bermula 9 pagi, kembali pulih menjelang tengah hari tadi.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *