Mampu Tampung 1,000 Banduan Dalam Satu Masa, Penjara Lahad Datu Siap November 2020

LAHAD DATU: Projek pembinaan sebuah penjara baharu di Lahad Datu yang terletak di Kilometer 16.5 Jalan Lahad Datu-Kinabatangan kini 48-peratus siap.

Setiausaha Persekutuan Sabah (SUP), Datuk Samsuni Mohd. Nor berkata, Penjara baharu dengan kos 182-juta ringgit itu dibina di tanah seluas 12.14 Hektar mengalami kelewatan namun selepas perbincangan dengan pihak Kontaraktor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak pemantau iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR), projek terbabit akan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu pada 16 November 2020.

Beliau berkata demikian kepada Pemberita ketika melawat pembinaan Penjara Lahad Datu di Lahad Datu. Turut sama dalam lawatan itu, Pegawai Pembanguan Negeri, Datuk Ruji Ubi.

Katanya, Penjara yang mula dibina sejak 15 November 2018, apabila siap kelak mampu menampung seribu (1000) orang banduan dalam satu-satu masa.

Setiausaha Persekutuan Sabah turun ke Lahad Datu bagi meninjau projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) yang mengalami kelewatan pembinaannya antaranya Projek Penjara Lahad Datu (Reka dan Bina), Projek Jalan Tawayari dan melawat tapak Projek Pembinaan Masjid Firdaus di Kampung Sapagaya Lahad Datu.

Datuk Sumsuni turut berkata, lawatan itu bagi memastikan projek pembangunan telah diluluskan kerajaan dapat disiapkan dengan jayanya seterusnya dapat dinikmati oleh rakyat.

BESTAWAUFM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *