Sabah Hargai Kepantasan Polis Dan Jabatan Hidupan Liar Tahan Pembunuh Gajah

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew. – Foto BERNAMA

KOTA KINABALU, 2 Okt: Kerajaan Sabah merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja malaysia (PDRM) dan Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL) keatas tindakan pantas mereka sehingga membawa kepada penangkapan enam individu yang disyaki terbabit dalam kejadian pembunuhan kejam gajah jantan di Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan, Tawau, lminggu lepas.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata dengan penangkapan hari ini kedua-dua jabatan itu diharap dapat menyelesaikan siasatan mereka secepat mungkin.

“Ini supaya mereka yang bertanggungjawab terhadap jenayah kejam ini boleh didakwa di mahkamah secepat mungkin dan dihukum, terhadap kesalahan jenayah yang dilakukan terhadap haiwan yang dilindungi.

“Tahniah dan terima kasih, terutama kepada Ketua Polis Daerah  ACP Peter Umbuas dan pasukannya. dan juga JHL Tawau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Liew berkata beliau turut menghargai pihak yang menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa, sehingga membawa kepada penangkapan mereka yang disyaki terlibat 

Beliau turut menyuarakan penghargaan kepada pihak-pihak yang menawarkan ganjaran kepada pemberi maklumat sehingga membawa kepada penangkapan mereka yang terlibat, sebagai tambahan kepada ganjaran yang ditawarkan JHL.

Semalam pertubuhan Orangutan Appeal UK menawarkan RM10,000 sebagai ganjaran kepada pemberi maklumat yang boleh membantu sehingga membawa kepada penangkapan mereka yang terlibat dengan pembunuhan gajah itu.

Tawaran itu bersama dengan tawaran badan sukarela lain serta tawaran JHL, menjadikan sehingga kini jumlah ganjaran yang ditawarkan menjangkau RM30,000.

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *