Gaduh Di Centre Point, Dalang Utama Dikenali Sebagai Derek Sudah Ditahan

Suspek utama insiden pergaduhan di pusat beli belah yang dikenali sebagai Derek dikehendaki polis bantu siasatan.

KOTA KINABALU: Dalang utama yang mencetuskan pergaduhan di sebuah pusat beli-belah Centrepoint yang dikenali sebagai Derek telah ditahan polis dalam satu serbuan baru-baru ini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, turut ditahan adalah tujuh suspek lain yang turut terlibat dalam pergaduhan tersebut seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji.

Katanya, siasatan mendapati punca pergaduhan adalah disebabkan oleh masalah peribadi antara suspek utama dengan mangsa yang mengalami kecederaan.

“Akan tetapi, timbul perasaan yang tidak senang daripada satu pihak mengakibatkan pergaduhan kecil pada mulanya, namun pergaduhan kecil itu menjadi lebih besar membabitkan beberapa pihak yang berada di tempat kejadian,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hari ini.

Minggu lalu, tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan dua kumpulan lelaki terlibat dalam pergaduhan di pusat beli-belah berkenaan termasuk insiden membaling kerusi antara mereka.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki cedera di kepala manakala restoran yang menjadi tempat pergaduhan tersebut mengalami kerosakkan.

Sementara itu, Habibi menafikan pergaduhan itu berpunca daripada masalah perkauman seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Sebenarnya kedua-dua pihak tersebut merupakan kenalan lama dan ingin menyelesaikan perbalahan peribadi dengan baik,” jelas beliau.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *