PPM Tahan Bot Nelayan Vietnam Di Perairan Sepanggar

Foto Ihsan PPM

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu menahan sebuah bot nelayan Vietnam bersama lapan kru pada pukul  1 tengah hari, semalam.  

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata bot nelayan itu ditahan di kawasan perairan Sepanggar dalam Op Gelora yang dijalankan oleh PPM.

Foto Ihsan PPM

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan menggunakan pukat bukan jenis rawai seperti yang dibenarkan dan turut menemui kira-kira dua tan ikan pelbagai jenis dan udang kara,” katanya dalam kenyataan, di sini malam ini.

Mohamad Pajeri berkata bot berkenaan telah diarahkan ke pangkalan  markas operasi PPM Kota Kinabalu untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata nilai rampasan dianggarkan bernilai RM384,000.00. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 11(3)(b) Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan peralatan perikanan yang tidak dilesenkan.

Foto Ihsan PPM

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *