Pembunuh Gajah Pygmy Ditahan Di Tawau

Hasil bedah siasat mendapati kira-kira 70 peluru tabur ditemui di kiri dan kanan badan gajah Pygmy itu, dengan salah satu peluru menembusi tengkoraknya.

KOTA KINABALU: Polis mengesahkan beberapa suspek ditahan berhubung kes seekor gajah Pygmy ditemui mati dengan 70 kesan tembakan di Sungai Udin dekat Tawau minggu lalu.

Ketua Polis Tawau, Peter Umbuas bagaimanapun enggan mendedahkan butirannya.

Hasil bedah siasat mendapati kira-kira 70 peluru tabur ditemui di kiri dan kanan badan gajah Pygmy itu, dengan salah satu peluru menembusi tengkoraknya.

“Itu saja saya boleh kongsi sekarang. Kami masih cuba mengesan lebih ramai orang,” katanya kepada FMT sambil menambah sidang media akan diadakan petang ini.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Christina Liew dilaporkan berkata pembunuh menembak gajah jantan dewasa berumur 20 hingga 30 tahun itu dengan mesingan semi automatik dari jarak dekat, sebelum memotong gadingnya.

Hasil bedah siasat mendapati kira-kira 70 peluru tabur ditemui di kiri dan kanan badan gajah Pygmy itu, dengan salah satu peluru menembusi tengkoraknya.

Hasil bedah siasat ke atas bangkai gajah itu menemui kira-kira 70 peluru tabur di kiri dan kanan badannya, dengan salah satu peluru itu menembusi tengkorak haiwan berkenaan.

Susulan itu, pihak berkuasa menaikkan ganjaran kepada RM30,000 untuk pemberi maklumat bagi mengesan pembunuh gajah terbabit.

Sekumpulan pemancing menemui gajah itu diikat pada sebatang pokok di tebing Sungai Udin, di Dumpas, Kalabakan, Rabu lalu. Ia dipercayai mati tiga atau empat hari sebelumnya. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *