Ribuan ‘Pendatang’ Lari Keluar Dari Papua Takut Dibunuh

Gambar yang diambil pada 24 September 2019 ini menunjukkan penduduk yang berkeliaran di sebuah kawasan di Wamena, Papua, ketika rusuhan berlaku di rantau ini. – Foto AFP

WAMENA: Ribuan penduduk ketakutan di Papua, Indonesia bergegas menaiki pesawat tentera, hari ini, untuk melarikan diri dari kekacauan di bandar, selepas keganasan terburuk di wilayah itu, sejak bertahun-tahun.

Kira-kira 700 penduduk di Wamena kebanyakannya pendatang dari wilayah lain negara itu dipindahkan ke wilayah lain, hari ini, kata tentera.

Menurut pegawai tentera udara, Arief Sudjatmiko tambahan 1,500 penduduk berkumpul di lapangan terbang tempatan, hari ini, untuk cuba keluar. Katanya, sekurang-kurangnya 2,500 orang sudah mendaftar untuk menaiki pesawat.

“Nyawa kami berdepan risiko di sini. Rumah saya dibakar, kedai-kedai dibakar, banyak pejabat kerajaan dibakar,” kata Debora Sibuea yang merancang pulang ke kampung di Sumatera. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *