(VIDEO) Tidak Tahan Selalu Dibuli, Mangsa Angkat & Campak Pembuli Dari Tingkat 4 Bangunan Sekolah

Tular di media sosial China, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang pelajar lelaki dicampak dari tingkat empat bangunan sekolahnya oleh pelajar lain. 

Kejadian itu dipercayai berlaku di Guangxi, pada pagi 16 September lalu. 

Sebelum kejadian itu berlaku, sekumpulan pelajar dilihat lepak di koridor ketika waktu rehat.

Kelihatan seperti ada perbalahan yang berlaku sebelum suspek yang dikenali Huang, secara tiba-tiba mengangkat mangsa dan mencampaknya dari tingkat empat. 

Pelajar lain tergamam melihat tindakannya itu dan tiada seorang pun yang tergerak hati untuk menyelamatkan mangsa.

Kesemua mereka segera melihat mangsa yang terjatuh dan cedera. 

Sementara itu, suspek tidak mempedulikan kesemua itu dan masuk semula ke dalam kelas seperti biasa. 

Mangsa, Wei, mengalami kecederaan serius termasuk organ pecah, tulang patah, pendarahan teruk dan paru-paru terjejas akibat terjatuh.

Mangsa masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan keadaannya kritikal. Huang juga telah ditahan untuk disoal siasat. 

Pada awalnya, netizen meluahkan rasa marah terhadap Huang yang sengaja mencederakan Wei.

https://www.youtube.com/watch?v=nxY9r7X8XaU

Namun, timbul kisah di sebalik kejadian yang mendakwa Wei adalah pembuli dan sering menjadikan Huang sebagai mangsanya.

Pada hari kejadian, Huang tidak dapat lagi menahan kesabaran lalu mengambil tindakan drastik itu. 

Ibu suspek berkata, sebelum ini juga Huang pernah mengadu yang dia selalu dibuli oleh sekumpulan pelajar walaupun Huang lebih tinggi daripada mereka semua.

Tetapi dia menasihatkan Huang untuk melaporkan perkara itu kepada guru. Malangnya, guru terbabit terlalu takut untuk berdepan dengan pembuli itu. 

Netizen kemudian memberi sokongan kepada Huang selepas mengetahui perkara sebenar dan berkata, Wei yang merupakan pembuli tidak sepatutnya diberikan rasa simpati. 

Enggan berdiam diri, bapa kepada Wei pula tampil menafikan dakwaan kononnya anak dia membuli Huang dan meminta orang ramai berfikir sejenak sebelum melemparkan sebarang tuduhan. 

Polis masih belum mengetahui punca sebenar kejadian dan siasatan sedang dilakukan. 

Sumber: SohuWorld of Buzz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *