Lelaki Ditemui Mati Tergantung

Pasukan polis mengangkat mayat mangsa selepas ditemui tergantung di ruang tamu rumah sewanya di Taman Foh Sang, Luyang. Gambar SNT/Junaidi Ladjana

WARGA EMAS DITEMUI MATI TERGANTUNG

KOTA KINABALU: Mayat lelaki warga emas ditemui tergantung dengan kesan darah pada bahagian kepala di ruang tamu rumah sewanya di Taman Foh Sang, Luyang, di sini pagi tadi

Mangsa Ng Kok Hom @ Ng Kwok Hong, 78, ditemui oleh pemilik rumah berkenaan yang datang untuk menemui mangsa selepas memaklumkan untuk berpindah pada jam 11 pagi.

Lokasi rumah sewa mangsa yang ditemui tergantung di Taman Foh Sang, Luyang. Gambar SNT/Junaidi Ladjana

Lelaki itu ditemui dalam keadaan tergantung pada palang bahagian atas rumah menggunakan tali dengan memakai seluar pendek.

Susulan kejadian itu, pemilik rumah berkenaan terus menghubungi pihak polis.

Difahamkan mangsa menyewa rumah berkenaan seorang diri sejak 10 tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk bedah siasat.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. -SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *