Sah Hamil! Wanita Saman Pekerja Delivery Sebab Lambat Hantar Kondom

Seorang wanita di Xuzhou, China, membeli kondom dari secara online apabila dia mendapati stok kondomnya kehabisan sebelum dia mahu melakukan hubungan intim dengan teman lelakinya. 

Su, yang sedang menonton filem dengan teman lelakinya pada bulan lalu dan membenarkan jejaka itu tidur semalam di rumahnya kerana hari sudah lewat malam. 

Namun, apabila mereka nak masuk tidur di bilik, hajat itu terbatal kerana mereka tidak letih, lalu mereka bercadang untuk melakukan hubungan intim. 

Menyedari stok kondom sudah kehabisan, Su memesan kondom secara online dan meminta barangan itu dihantar terus ke rumahnya.

Aplikasi itu mengatakan tempoh masa yang diambil untuk membuat penghantaran adalah 20 minit. 

Jadi, Su pun bercadang untuk mandi terlebih dahulu sementara menunggu barang itu sampai ke rumahnya. 

Tetapi apabila Su selesai mandi, pihak berkenaan mengatakan pesanannya mungkin tiba lewat berikutan cuaca yang tidak begitu mengizinkan. 

Ketika itu, Su dan teman lelakinya sudah hilang kesabaran lalu melakukan hubungan intim itu tanpa kondom. 

Pesanan itu hanya tiba di rumah Su selepas 28 minit kemudian, dari tempoh Su membuat pesanan tersebut. 

Sebulan kemudian, Su disahkan hamil. Tidak puas hati dengan perkara itu, Su memfailkan saman 30,000 yuan (RM17,600) atas kelewatan pekerja berkenaan bagi menanggung beberapa kos kerugiannya termasuk kos perubatan. 

“Kalau awak sampai tepat pada masanya, perkara ini (kehamilan) tentunya tidak akan terjadi!” katanya pada pekerja penghantar barang itu. 

Meskipun begitu, pekerja terbabit enggan membayar apa-apa tuntutan Su.

Sumber: China PressWorld of Buzz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *