“Tiada Maaf Bagimu, Saya Mahu RM20,000” – Pengarah Jabatan Air

AMARJIT SINGH

KOTA KINABALU: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menolak permohonan maaf kontraktor Lebuh Raya Pan Borneo Sabah yang didapati mencuri air di Kampung Merintaman Sipitang.

Pengarahnya, Amarjit Singh berkata, beliau telah menerima surat permohonan maaf daripada kontraktor tersebut, namun mereka tetap dikompaun sebanyak RM20,000 akibat perbuatan tersebut.

Penyambungan haram yang berjaya dikesan.

“Kamu tahu apa yang berlaku di Sipitang saya tidak tahu siapa orang baik yang hantar saya video tentang paip di sana jadi saya sebarkan.

‘Mereka mencuri air, kontraktor pan borneo mencuri air dari kami dan mereka telah dikompaun RM20,000, mereka tulis surat kepada saya semalam minta maaf, saya beritahu kepada penguat kuasa saya tiada maaf bagimu, saya mahu RM20,000,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Video berdurasi seminit lima saat yang menunjukkan kontraktor berkenaan melakukan penyambungan harap pada paip JANS telah dirakam oleh orang awam yang kebetulan melihatnya.

Pegawai penguat kuasa JANS memeriksa penyambungan haram yang berlaku di Sipitang.

Video tersebut yang tular di media sosial menimbulkan kemarahan orang awam dan mendesak tindakan serius diambil terhadap kontraktor berkenaan.

Amarjit berkata, kompaun dikeluarkan pada Isnin lalu mengikut Seksyen 49(b) Enakmen Bekalan Air Sabah 2003 kerana penyambungan tanpa meter.

“Saya dapat video itu pada hari Ahad, kemudian hari Isnin kompaun segera dikeluarkan,” tambah beliau.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *