Jumlah Korban Gempa Bumi Di Pakistan Meningkat 22 Orang

Orang ramai melihat jalan yang merekah selepas gempa bermagnitud 5/8 melanda Mirpur, Pakistan.

MIRPUR: Jumlah korban gempa 5.8 magnitud di timur laut Pakistan, hari ini, meningkat kepada 22 orang dengan lebih 300 mangsa lagi cedera, kata pegawai kanan polis negara itu.

Rakaman televisyen menunjukkan beberapa kenderaan terperangkap dalam rekahan besar pada jalan serta sebuah trak dan bas tersadai.

Keadaan jalan yang merekah selepas gempa bermagnitud 5/8 melanda Mirpur, Pakistan.

“Sekurang-kurangnya 22 maut dan lebih 300 mangsa cedera,” kata Timbalan Inspektor Jeneral Polis di Mirpur, Sardar Gulfaraz.

“Keadaan kini terkawal,” kata pengerusi Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Nasional, Leftenan Jeneral Mohammad Afzal.

Keadaan jalan yang merekah selepas gempa bermagnitud 5/8 melanda Mirpur, Pakistan.

“Infrastruktur di kawasan ini sudah musnah,” kata Perdana Menteri wilayah Kashmir Pakistan, Raja Farooq Haider Khan.

Menurut seorang penduduk Mirpur yang tinggal berhampiran hospital, Naeem Chughtai banyak jalan, menara telekomunikasi dan pencawang elektrik rosak teruk.

Difahamkan, gegaran gempa itu dapat dirasakan sejauh New Delhi dengan laman berita Press Trust of India melaporkan penduduk panik berlari keluar rumah dan pejabat di banyak tempat termasuk Rajastan, Punjab dan Haryana. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *