Berang Suami Tidak Dapat Cari Kerja, Isteri Campak Bayi Kembar Ke Dalam Kolam

Gambar Hiasan

Pertengkaran pasangan suami isteri membawa kepada kematian bayi kembar berusia 20 hari apabila si ibu mencampak mangsa ke dalam sebuah kolam. 

Dalam kejadian yang berlaku semalam di Daerah Muzaffarnagar, Uttar Pradesh, si ibu bertindak sedemikian selepas gagal mengawal kemarahan dirinya.

Gambar Hiasan

Difahamkan, pasangan itu bertengkar kerana si suami gagal mendapatkan pekerjaan.

Akibat terlalu marah, si isteri mencampak bayi kembar perempuannya ke dalam kolam. 

Namun selepas menyedari mangsa mati, suspek mereka cerita kononnya mangsa dilarikan individu yang tidak dikenali dan membuat laporan polis di Balai Polis Sikhera mendakwa anak mereka telah diculik. 

Namun, siasatan mendapati keterangan pasangan berkenaan tidak konsisten menyebabkan mereka ditahan dan berdepan dengan tuduhan membunuh serta menyembunyikan kematian. 

Sumber: Gulf News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *