Polis Siasat Pergaduhan Dua Kumpulan Lelaki Di Pusat Beli Belah Di KK

Petikan daripada video tular di media sosial.

KOTA KINABALU: Polis menyiasat pergaduhan dua kumpulan lelaki di dalam pusat beli belah di sini, hingga menjadi viral di media sosial sejak petang tadi.

Video berdurasi 37 saat itu merakamkan pergaduhan dua kumpulan lelaki di dalam kawasan pusat riadah di tingkat lima kira-kira jam 6 petang.

Dua kumpulan itu turut dilihat saling membaling kerusi sesama mereka.

Kejadian itu dirakam sebelum dimuat naik menerusi laman Facebook.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menerusi video yang tular di media sosial.

“Setakat ini belum ada laporan dibuat dan kita akan menyiasat perkara berkenaan.

“Orang ramai yang menyaksikan dan mempunyai sebarang maklumat diminta tampil untuk beri kerjasama,” katanya.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *