AirAsia Tawar Promosi Enam Juta Tempat Duduk Dengan Harga Bermula RM12

SEPANG: AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia selama 11 tahun berturut-turut menawarkan promosi jualan hebat enam juta tempat duduk sempena meraikan 600 juta pelanggannya.

Promosi untuk ahli AirAsia BIG itu bermula daripada RM12 untuk penerbangan dari Kuala Kumpur ke Pulau Pinang, Kuantan, Johor Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching, dan daripada RM50 untuk penerbangan ke Surat Thani, Krabi, Visakhapatnam, Maldives (Male), Bangkok dan Can Tho.

Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menawarkan promosi jualan hebat enam juta tempat duduk sempena meraikan 600 juta pelanggannya.

“Terbang bersama AirAsia X serendah RM196 dari Kuala Lumpur ke Tianjin, Seoul, Taipei, Gold Coast, Osaka dan destinasi jarak jauh lain yang menarik.

Untuk menikmati lebih keselesaan dan pelbagai kelebihan lain, terbang dengan tempat duduk Premium Flatbed yang telah memenangi pelbagai anugerah dari Kuala Lumpur ke Wuhan, Busan, Fukuoka, Melbourne daripada RM796.

“Selain itu, nikmati diskaun 16 peratus apabila anda membuat pilihan tempat duduk menerusi Pick-A-Seat bagi tempahan awal, diskaun sehingga 40 peratus untuk tempahan hotel terpilih dan diskaun sehingga 60 peratus untuk tempahan pakej percutian penerbangan dan hotel.

“Ahli BIG juga boleh mengumpul 600 mata ganjaran tambahan apabila mereka menempah aktiviti dalam tempoh jualan istimewa ini dengan perbelanjaan minimum RM200,” katanya dalam satu kenyataan.

Tawaran itu boleh ditempah di airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia bermula 23 September 2019 hingga 26 September 2019 untuk perjalanan antara 10 Februari dan 15 Disember 2020.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Airasia, Karen Chan, berkata sebagai tanda penghargaan kepada 600 juta penumpang, pihaknya menawarkan jualan hebat di seluruh rangkaian AirAsia.

Beliau berkata, sebagai sebuah syarikat teknologi perjalanan, jualan hebat AirAsia akan menawarkan lebih daripada sekadar promosi penerbangan.

“Justeru, pastikan anda merebut peluang untuk mendapatkan diskaun eksklusif bagi hotel terpilih, aktiviti dan pakej penerbangan dan hotel apabila anda membuat tempahan di airasia.com,” katanya.

Ahli AirAsia BIG, pengguna BigPay dan pemegang Kad Kredit AirAsia boleh menikmati akses terlebih dahulu selama 24 jam mulai 22 September 2019.

Log masuk sebagai Ahli BIG untuk menikmati akses kepada tempat duduk pada harga terendah. Ahli AirAsia BIG juga boleh menebus tempat duduk promosi bermula dari serendah 500 Mata Ganjaran BIG di laman airasiabig.com dan aplikasi mudah alih AirAsia BIG.

Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *