PPM Kudat Tahan Tokan Dadah

Pasukan Polis Marin (PPM) menahan suspek menerusi Ops Landai di Jeti Angkasa Baru, Kudat. Gambar Ihsan PPM

KUDAT: Tokan dadah bersama wang dipercayai hasil jualan syabu ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) menerusi Ops Landai di Jeti Angkasa Baru Kudat, Kudat, kelmarin.

Dalam kejadian 10.10 pagi itu, suspek berusia 32 tahun difahamkan membekalkan dadah secara kecil-kecilan kepada penagih di sekitar kawasan berkenaan.

Pasukan Polis Marin (PPM) menahan suspek menerusi Ops Landai di Jeti Angkasa Baru, Kudat. Gambar Ihsan PPM

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, suspek yang tidak bekerja ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan berlegar-legar di kawasan jeti berkenaan.

“Anggota Unit Risik Marin (URM) bertindak memeriksa suspek dan menemui satu tiub penyedut minuman berwarna kuning yang mengandungi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram dalam beg kecil milik suspek.

Pasukan Polis Marin (PPM) menahan suspek menerusi Ops Landai di Jeti Angkasa Baru, Kudat. Gambar Ihsan PPM

“Hasil pemeriksaan lanjut turut menemui wang tunai sebanyak RM713 dan barang peribadi milik suspek juga dirampas,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Mohamad Pajeri berkata, suspek dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, Mohamad Pajeri berkata, pihaknya sentiasa menjalankan pemantauan bagi mengekang kegiatan jenayah dan penyalahgunaan dadah di sekitar daerah itu.

“Kerjasama daripada orang ramai juga diperlukan termasuk memberikan maklumat terhadap sebarang aktiviti yang mencurigakan terutamanya membabitkan penyalahgunaan dadah di sini,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *