Azis Jamman Serah Bubu Hybrid Kepada Nelayan Di Sepanggar

KOTA KINABALU: Pelancaran penyerahan Bubu Hybrid ciptaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) kepada nelayan telah dilakukan oleh YB Datuk Azis Jamman yang diadakan di Taman Teluk Awam Likas pada hari ini.

Beliau amat berterima kasih kepada pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) kerana usaha dan ciptaan ini dapat membantu masyarakat terutamanya dalam meningkatkan pendapatan golongan nelayan.

‘Saya sangat berterima kasih kepada pihak UMS dan akan sentiasa memberi sokongan selaku pihak kerajaan kerana objektifnya sangat membantu masyarakat kita, melalui kajian seterusnya dapat menghasilkan bubu hybrid kepada nelayan kita’.

Sebagai tanda sokongan, beliau akan membantu dari segi memberikan peruntukan kepada pihak UMS untuk menghasilkan lagi bubu hybrid ini dan juga kajian-kajian lain untuk meningkatkan pendapatan untuk semua lapisan masyarakat di Sabah.

Beliau juga memohon kerjasama dari pihak nelayan terutama yang tinggal atas air untuk menjaga perairan dengan tidak membuang sampah dan menggunakan bom ikan yang dapat merosakkan ekosistem dan pembiakan hidupan laut.

“sumber pendapatan sebagai nelayan adalah hidupan laut, jadi mohon kerjasama dari golongan nelayan,jangan buang sampah dan menangkap ikan dengan bom ikan, rosak ekosistem,ikan lari, akibatnya akan menjejaskan sumber pendapatan” katanya ketika ditemui semasa majlis penyerahan bubu ikan (hybrid).

Tambahan itu beliau juga menegaskan kerajaan tidak berkompromi berkaitan dengan perkara tidak bermoral seperti jenayah dadah.

“ada orang jumpa saya minta tolong, kalau hal itu berkaitan dengan dadah, saya mungkin minta pihak berkuasa tambah lagi hukumannya kerana kegiatan yang tidak bermoral itu harus dibasmi agar tidak menghancurkan masa depan negara terutama golongan muda”. katanya.

Tegas beliau lagi, kerajaan bertugas sepanjang masa dalam membuat pemantauan, tetapi meminta rakyat juga bergandung bahu untuk membantu kerajaan menjadi mata dan telinga dalam membasmi perkara yang tidak bermoral terutama berkaitan dengan dadah secara tuntas.

Selain itu, beliau juga memohon kerjasama dari pihak DBKK untuk mengazetkan kampung-kampung agar peruntukan untuk membantu rakyat sabah dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *