Susulan Kebimbangan Masyarakat, Polis Tahan 21 Palauh Termasuk Bayi Meminta Sedekah

LAHAD DATU; 20 SEPTEMBER 2019 (Jumaat) – Polis menahan 21 Palauh susulan kebimbangan masyarakat terhadap kegiatan meminta sedekah di beberapa kawasan lampu isyarat menerusi ‘Operasi Khas Palao’ di sekitar Lahad Datu, kelmarin.

Operasi disertai 16 pegawai dan anggota polis selama dua jam bermula pukul 2 petang itu dilaksanakan di kawasan lampu Isyarat Lapangan Terbang Lahad Datu dan sekitar kawasan lampu Isyarat berhampiran Bandar Wilayah.

Antara Peminta Sedekah Palauh yang ditahan Polis Lahad Datu – Foto BESTAWAUfm

Ketua Polis Daerahnya, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan medianya berkata, Kesemua mereka berumur 3 hingga 60 tahun itu terdiri daripada 10 wanita, 8 kanak-kanak perempuan dan Tiga kanak-kanak lelaki.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan dibawah dibawah SEK 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Antara Peminta Sedekah Palauh yang ditahan Polis Lahad Datu – Foto BESTAWAUfm

Beliau berkata, tangkapan juga susulan 
Kegiatan komuniti terbabit meminta sedekah di Jalan awam sehingga menyebabkan kemalangan di lampu Isyarat Sri Perdana Lahad Datu dan tular di media sosial.

Menurut ACP Nasri, Dalam kejadian rabu lepas, siasatan mendapati wanita palauh berumur 56 tahun dipercayai peminta sedekah berlari dalam kesesakan jalan raya sehingga terlanggar kereta yang sedang bergerak.

Antara Peminta Sedekah Palauh yang ditahan Polis Lahad Datu – Foto BESTAWAUfm

Bagaimanapun, wanita berkenaan hanya memgalami sakit-sakit badan.

Dalam pada itu, beliau tidak menafikan terdapat kanak-kanak komuniti berkenaan yang menghidu gam selepas mendapat duit hasil daripada kegiatan meminta sedekah.

Justeru katanya, operasi itu antara usaha lain pihaknya menangani aktiviti berkenaan selain kebanjiran palauh meminta sedekah di kawasan Jalan utama serta lampu Isyarat.

Turut dirampas wang tunai sebanyak 168-ringgit 70-sen dipercayai hasil keseluruhan menjalankan aktiviti meminta sedekah di kalangan mereka yang ditahan.

Justeru katanya, operasi itu antara usaha lain pihaknya menangani aktiviti berkenaan selain kebanjiran palauh meminta sedekah di kawasan Jalan utama serta lampu Isyarat.

Antara Peminta Sedekah Palauh yang ditahan Polis Lahad Datu – Foto BESTAWAUfm
Foto Media Sosial

#BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *