“Kau Mahu Lari Ke Mana Bosskuu?…”

Sumber/Foto : Ketua Polis Daerah Kota Marudu

KOTA MARUDU: Seorang lelaki Filipina berusia 42-tahun yang memiliki dadah jenis syabu seberat 20-gram, berjaya di tangkap polis dalam satu insiden kejar-mengejar sebelum pihak polis menembak tayar suspek kerana melanggar kereta polis berkenaan dan memandu secara bahaya terhadap pengguna jalan raya yang lain.

Kejadian berkenaan disahkan Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Mohd Izaan Abdullah dalam satu kenyataan media.

Sumber/Foto : Ketua Polis Daerah Kota Marudu

Menurut beliau, pasukan polis narkotik berjaya mengesan suspek di kawasan sebuah pusat beli-blah sekitar pukul 12-tengahari tadi dan telah cuba menahan suspek namun suspek telah bertindak memecut kereta dan dikejar sehingga simpang Pekan Goshen.

Sumber/Foto : Ketua Polis Daerah Kota Marudu

Via BERITA RTM SABAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *