Perarakan Perahu Nelayan Meriahkan Sambutan Hari Malaysia Di Kampung Mengkabong

Perarakan perahu yang dihiasi Jalur Gemilang dan bendera Sabah memeriahkan Sambutan Hari Malaysia 2019 anjuran komuniti nelayan Kampung Mengkabong, di Tuaran, pagi tadi. – Foto ihsan pembaca

TUARAN: Perarakan perahu yang dihiasi Jalur Gemilang dan bendera Sabah memeriahkan Sambutan Hari Malaysia 2019 anjuran komuniti nelayan Kampung Mengkabong, di sini pagi tadi.

Walaupun sederhana, program itu yang diadakan di Jeti Buansa, Sungai Mengkabong mendapat sambutan menggalakkan melalui penyertaan lebih 100 perahu nelayan setempat.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Hajiji Noor merasmikan Sambutan Hari Malaysia 2019 anjuran komuniti nelayan Kampung Mengkabong, di Tuaran, pagi tadi. – Foto ihsan pembaca

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Hajiji Noor, berkata program itu sebahagian daripada cara masyarakat setempat menterjemahkan rasa kecintaan mereka pada negara.

Katanya, inisiatif itu seharusnya dicontohi oleh semua pihak, khusus dalam menanamkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Hajiji Noor merasmikan Sambutan Hari Malaysia 2019 anjuran komuniti nelayan Kampung Mengkabong, di Tuaran, pagi tadi. – Foto ihsan pembaca

“Ini juga membantu memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat, sekali gus sama-sama meraikan sambutan dengan penuh semangat kekitaan,” katanya ketika merasmikan program itu, di sini hari ini.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Tuaran, Awang Yusuf Osman; Pengurus Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tuaran, Rosman Awang; Pengerusi Persatuan Peladang Kawasan (PPK) Tuaran, Roslan Abdullah dan Pengerusi Penganjur, Hayati Majat.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, berkata beliau bangga dengan kesungguhan penduduk Kampung Mengkabong, lebih-lebih lagi dengan statusnya sebagai perkampungan nelayan tradisi di daerah ini.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Hajiji Noor merasmikan Sambutan Hari Malaysia 2019 anjuran komuniti nelayan Kampung Mengkabong, di Tuaran, pagi tadi. – Foto ihsan pembaca

Beliau turut menzahirkan rasa bangga kerana sambutan Hari Malaysia bukan hanya diraikan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah, malah di peringkat kampung.

Justeru, beliau menggesa rakyat agar terus menyokong setiap usaha dilaksanakan kerajaan dalam memastikan agenda pembangunan negara menjadi kenyataan, selain menekankan kepentingan memelihara perpaduan.

Perarakan perahu yang dihiasi Jalur Gemilang dan bendera Sabah memeriahkan Sambutan Hari Malaysia 2019 anjuran komuniti nelayan Kampung Mengkabong, di Tuaran, pagi tadi. – Foto ihsan pembaca

“Rakyat Malaysia tanpa mengira suku kaum, keturunan dan kepercayaan agama harus mengingati dan meraikan Hari Malaysia yang bersejarah ini,” katanya.

Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *