Tawau Daerah Pertama Di Sabah Catat IPU Tidak Sihat

Keadaan jerebu di sekitar pusat bandar Tawau dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat 113 setakat jam 8 pagi.

TAWAU: Daerah ini menjadi kawasan pertama di Sabah mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat apabila merekodkan bacaan 113 setakat jam 8 pagi ini.

Ia bacaan pertama pada tahap itu yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Sabah selepas bacaan sederhana sejak isu jerebu melanda seluruh negara beberapa minggu lalu.

Keadaan jerebu di sekitar pusat bandar Tawau dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat 113 setakat jam 8 pagi.

Keadaan itu dipercayai berpunca daripada tompok panas akibat pembakaran terbuka di Kalimantan, Indonesia berikutan kedudukan Tawau yang bersebelahan dengan wilayah negara jiran itu.

Sementara itu, tinjauan BH mendapati situasi jerebu menjejaskan penglihatan sekitar bandar Tawau.

Bagi jurumudi bot penambang, Johari Supardi, 43, keadaan jerebu turut menjejaskan aktiviti membawa penumpang dari Sungai Tongkang ke tanah besar di sini.

Keadaan jerebu di sekitar pusat bandar Tawau dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat 113 setakat jam 8 pagi.

Katanya, kebiasaannya penduduk di Pulau Sebatik akan turun ke tanah besar untuk berbelanja terutama pada hujung minggu, namun jumlah penumpang berkurangan sejak semalam.

“Hari ini operasi membawa penumpang diteruskan seperti biasa walaupun keadaan jerebu dilaporkan semakin meningkat. Kami juga mengambil langkah keselamatan disebabkan jarak penglihatan yang terhad di laut,” katanya.

Difahamkan juga, keadaan semakin buruk apabila tiada hujan di daerah ini sejak dua minggu lalu.

Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *