Tapak Selaman Borneo Reef World Tenggelam Akibat Ribut

Tinjauan anggota Pasukan Polis Marin ke Pontoon Borneo Reef World pagi tadi.

KOTA KINABALU: Susulan Pontoon Borneo Reef World, Pulau Sapi yang tenggelam akibat hujan lebat dan angin kencang pada Jumaat, Pasukan Polis Marin (PPM) meninjau kawasan berkenaan pada pagi Sabtu.

Tapak selaman terkenal milik Dynamic Holiday Cruise Sdn Bhd itu dilaporkan tenggelam pada Jumaat dan pemiliknya membuat laporan polis mengenai inisden itu pada 9.30 malam hari yang sama.

Pontoon Borneo Reef World yang tengelam berikutan hujan lebat dan angin kencang.

Difahamkan pengadu telah membuat senarai kerosakan serta laporan polis bagi membolehkan tuntutan insuran dilakukan.

Bot peronda PPM meninjau tempat kejadian bagi mengambil gambar pada 6.45 pagi tadi. Tinjauan mendapati separuh pontoon itu telah tenggelam dan barangan lain di pontoon itu terdampar ke pantai berdekatan.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *