Satu Blok Bangunan SK Tanaki, Papar Musnah Dalam Kebakaran

KOTA KINABALU, 13 Sep: Satu blok bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanaki, Papar yang menempatkan pejabat pentadbiran, bilik guru termasuk bilik teknologi maklumat dan bilik pemulihan di sini musnah dalam kebakaran petang tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 2.26 petang dan dua jentera dengan 10 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan blok bangunan sekolah, jenis tidak kekal dengan keluasan 30 x 80 kaki. Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran 200 kaki dan dua pancutan sumber air dari tangki jentera,” menurut kenyataan itu.

Kebakaran itu dapat dikawal pada 3.06 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.50 petang tanpa melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *