Berhati-hati Sepanjang Cuaca Buruk Melanda Beberapa Kawasan Di Negeri Ini

nggota bomba memotong dan mengalihkan pokok tumbang yang menghempap kereta di The Bay Residence Likas.

KOTA KINABALU: Pengguna jalan serta orang ramai amnya dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dalam pemanduan serta kegiatan harian sepanjang cuaca buruk yang melanda ibu negeri dan beberapa kawasan sekitarnya.

Pokok tumbang yang menghempap kereta di Jalan Lintas Kota Kinabalu. –

Angin kencang beserta hujan yang turun malam kelmarin sehingga petang semalam menyebabkan beberapa kejadian genting kepada pengguna jalan.

Pasukan keselamatan termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melaksanakan operasi pembersihan membabitkan pokok tumbang di beberapa kawasan sekitar sini.

Pokok tumbang yang menghempap kereta di Jalan Lintas Kota Kinabalu. –

Antara kawasan terjejas termasuklah Pusat Bandar, Jalan Mat Salleh, dan Jalan Tuaran menyebabkan sedikit gangguan terhadapa laluan lalu lintas.

Antara yang terkesan adalah pengguna jalan yang balik ke rumah bermula jam 4.30 petang menaiki kereta pelbagai guna nyaris dihempap pokok besar yang tumbang sekitar kawasan City Mall.

Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sabah termasuk Sarawak.

Jurucakap jabatan itu berkata, bagi Sabah ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan sehingga jam 4 petang termasuk kawasan pedalaman iaitu Kuala Penyu dan Beaufort.

“Kawasan pantai barat turut terkesan iaitu Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran serta Kota Belud dan Kudat.

“Labuan dan Sarawak di kawasan Limbang turut terkesan dengan gangguan cuaca ini,” katanya.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *