Tempias Ribut Tropika Podul Di Sabah Sehingga Ahad

KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama di seluruh kawasan perairan dan pesisiran pantai barat dan pantai timur Sabah sehingga Ahad ini.

Menurut jabatan itu, hujan lebat dan angin kencang akan berterusan melanda negeri ini selama beberapa hari.

Keadaan di Putatan selepas angin kencang.

“Angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Sabah Timur dan Sabah Barat sehingga Ahad

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” kata jabatan itu.

Angin kencang yang melanda Sabah ketika ini adalah susulan daripada tempias Ribut Tropika Podul yang kini melanda Filipina.

MetMalaysia sebelum ini telah mengeluarkan amaran ribut tropika itu boleh menyebabkan berlakunya angin kencang dan laut bergelora manakala jarak bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu ialah kira-kira 1,196 km ke timur laut Kudat, Sabah.

Berdasarkan pencerapan yang dilakukan, kedudukan Ribut Tropika Podul itu kini berada di Tenggara Luzon, Filipina.

Sementara itu, angin kencang yang melanda bermula pukul 11 malam tadi hingga 1 pagi ini menyebabkan banyak rumah, bangunan, infrastruktur awam rosak teruk di kawasan sekitar Kota Kinabalu.

Beberapa kejadian pokok tumbang dan ranting patah turut berlaku, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *