(VIDEO) ‘Kau Pukul Anak Aku!’ – Bapa Sepak Pembantu Rumah Pukul Bayinya

Seorang pembantu rumah disepak majikan kerana berang selepas mendapati wanita itu memukul anaknya yang baru berusia beberapa bulan. 

Dalam kejadian yang berlaku pada waktu tengah hari 3 September lalu di Vietnam, wanita itu terdahulu cuba memberi susu kepada mangsa tetapi ditolak.

Berang dengan suara tangisan mangsa, wanita itu memukul punggung mangsa beberapa kali sebelum mengangkatnya ke tempat lain. 

Apabila ibu bapa bayi pulang, si bapa memeriksa video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati pembantu rumah itu memukul anaknya.

Panas hati melihat rakaman itu, si bapa terus menyepak kepala wanita itu beberapa kali sebelum dihalang oleh isterinya. 

Tidak diketahui apakah nasib pembantu rumah itu. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *