Tiga Dikhuatiri Hilang Ketika Memancing

Tiga pemancing yang dikhuatiri hilang ketika keluar memancing di perairan Lawas, semalam.

LABUAN, 10 Sept- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Labuan telah memerima laporan berkenaan tiga pemancing dikhuatiri hilang di perairan Lawas, semalam. 

Menurut pengadu iaitu isteri kepada salah seorang pemancing berkenaan, suaminya, Faruk Arina bin Ahmad sabri, 29 tahun keluar ke laut untuk memancing di sekitat Pulau Sari bersama dua lagi rakan iaitu Mohd Amirul bin Bakar, 26 tahun dan Yee Chon Tiong, 30 tahun pada jam 5 pagi pada 9 September 2019 dan dijangka pulang jam 6 petang semalam dengan menggunakan bot jenis fiber berwarna kuning/oren.

Kepten Maritim Che Adnan bin Md isa, Pengarah Zon Maritim Labuan memaklumkan operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan pada 12.20 tengah malam semalam dan usaha mencari dan menyelamat dimulakan pagi ini.

Menurut beliau lagi, kejadian ini telah dimaklumkan kepada agensi sahabat dan juga pihak Polis Marim Diraja Brunei bagi membantu dalam operasi SAR ini.

“Agensi sahabat yang turut terlibat dalam operasi SAR ini adalah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahan Awam Malaysia dan orang awam”, tambahnya.

“Maritim Malaysia, Zon Maritim Labuan mengambil berat akan isu keselamatan di laut yang melibatkan pemancing bot kecil dan bot-bot nelayan. Justeru, Komuniti maritim khususnya disarankan untuk sentiasa memakai jaket keselamatan ketika berada di laut dan tidak menunggu untuk memakai samasa saat-saat kecemasan. Mereka juga disarankan mengambil kira keupayaan dan saiz bot dalam menentukan jarak dan kawasan untuk memancing”, jelas beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *