Padah Gugurkan Kandungan, Uri Tertinggal Dalam Rahim

Gambar Hiasan

KUDAT: Seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dipercayai menggugurkan bayi yang dikandungnya dalam kejadian di sebuah bilik hotel, di sini, semalam.

Pada Ahad lalu, wanita berusia lingkungan 20-an dikatakan menelan lebih 20 biji ubat di sebuah lokasi di Kota Kinabalu.

Dia turut memasukkan beberapa biji ubat ke dalam kemaluannya dipercayai untuk menggugurkan bayi yang dikandungnya.

Bagaimanapun ketika dia berada di sebuah bilik hotel di daerah ini, bayi yang dikandungnya terkeluar hingga menyebabkan kakitangan hotel menghubungi pihak hospital untuk bantuan, jam 1.30 tengah hari, semalam.

Dia bersama bayi dipercayai berusia enam bulan kemudian dikejarkan ke Hospital Kudat sebelum bayi itu disahkan meninggal dunia.

Wanita itu kemudian terpaksa dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu, untuk rawatan lanjut kerana uri tertinggal dalam rahimnya.

Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Wanita itu kini menerima rawatan di HQE Kota Kinabalu dan keadaannya stabil.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana menggugurkan kandungan.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *