Sabah Catat IPU Sederhana

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana, setakat jam 9 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU Politeknik Kota Kinabalu ialah 72, diikuti Kimanis (70), Kota Kinabalu (67), Keningau (66), Sandakan (53) dan Tawau (52).

Pulau bebas cukai, Labuan pula mencatat IPU 71.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk laman web http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui tahap IPU terkini di Sabah pada setiap jam. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *